Monday 3 October 2011

Kisah Rumahtangga Hari Ini

Lelaki!Suami!Jantan....!!!!!!!!!!


           Tiga perkataan yang berhubungkait makhluk ciptaan Tuhan....Adakah aku lelaki?atau sememangnya aku seorang suami atau kaumku hanya digelar jantan setaraf makhluk tuhan yang lain..........Semalam disalah sebuah halaman akhbar tempatan terpapar kisah seorang lelaki yang bergelar suami tetapi tidak jantan lagi(Merujuk sifat kejantanan)Kalau dulu kita didengarkan kisah wanita ditinggalkan lelaki atau aniayai oleh suami yang bersifat jantan persis seekor binatang....tapi kini makin ramai wanita atau isteri yang hilang sifat kewanitaanya bertindak mengainaya seorang suami......
           Terasa pilu hati ini mengenangkan nasib kaumku semalam,sebelum menjadi isteri sang wanita menunjukan sifat yang lemah-lembut ,maka atas dasar seorang lelaki yang bertanggungjawab siwanita dilamar mengikut lumrah adat dan adap,martabat gadis pilihan diangkat dan dijaga demi sebuah bahtera rumah tangga bahagia yang diimpikan.
            Setelah semuanya selesai dan disahkan menjadi suami isteri maka terjadilah apa yang dikatakan tidak disangka,inginkan kicap rupanya cuka ,buka menjadi penambah perasa tetapi racun yang mehilangkan selera .
YaAllah apakah ini dugaan untuk kaumku yang selama ini dikatakan selalu bersifat angkuh?Atau golongan wanita kini semakin terpengaruh !Atau kerana kini semakin ramai lelaki yang berpaling arah ?Dari dada leper dah berlurah atau wanita kini semakin berani.....dari menjadi suri kini bergelar menteri.....
          Apapun padaku, apa yang terjadi adalah mengambarkan masyarakat kini semakin hilang arah sendiri kerana tersalah memilih.Cara yang terbaik kembali keAzali ..AlQuran dan Sunah panduan diri,didikan sempurna harus diberi ....kita juga harus menerima hakikat setiap kejadian ada hikmahnya.
   Ya Allah engkau jadikanlah diriku seorang suami yang kasih kepada isteri dan bapa yang penyanyang kepada anak-anak ku...sesungguhnya tiada tempat lain untuk ku memohon ...amin

No comments:

Post a Comment

sendiri komen sendiri tanggong