Monday 3 October 2011

KITA HANTU ATAU FILEM YANG BERHANTU?


Filem Hantu Dan Masyarakat Kita.........
      Mantan PM kita Tun Mahathir pun dan bersuara,masyarakat kita terlalu teruja dengan filem seram,hantu dan juga tahyul.Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri berbagai usaha dan pembaharuan telah dibuat dan diperkenalkan ,demi menjamin kesejahteraan rakyat dan juga kemajuan negara. Dari Dasar Pandang Ketimur dan Wawasan 2020 telah digarap dan cuba dibangunkan tapi.......akhirnya masyarakat masih kabur akan usaha-usaha yang telah dibuat.
       Apakah kerana ini masyarakat masih lagi ghairah akan hal-hal tahyul dan yang tidak dimasuk akal?Dahulu  pada suatu masa....filem-filem sedemikian diberi komen dan diprotes sehingga Lembaga Penapis Filem Negara terpaksa mengemaskini akan syarat -syarat tayangan. Maka terdapatlah filem-filem yang digantung tayangannya.
  Hari ini hasil dari tayangan filem-filem mistik juga seram Ustaz hanya digambarkan sebagai penghalau hantu jembalang.Sehingga hari ini boleh dikatakan tidak ada sebuah filem yang mengambarkan peranan Ustaz ataupun Alim -Ulamak benar-benar berdakwah membimbing masyarakat khususnya umat Islam.Apakah dengan menggambarkan setiap pengamal ilmu hitam dan berkawan dengan sayitan yang ternyata musuh nombor satu umat manusia telah membina peradaban masyarakat ketika ini...Biasanya ulasan yang diberi bagi sesebuah filem seram dan sebagainya hanyalah....pelakun utama telah berjaya membawa watak dengan berkesan,semasa pegambaran filem tersebut, pelakun  itu dan ini telah dirasuk kononnya atau saksikan lah filem tersebut anda akan berpuashati dengan kesan khas yang ditunjukkan.Semuanya berkaitan dengan mengaukt keuntungan...
     Jadi fikir-fikirkan apakah motif utama masyarakat yang akan kepawagam untuk menonton filem seram yang akan ditayangkan?Dilihat dari sudut yang agak terpencil tapi harus difikirkan, kini makin banyak berita-berita menggemparkan yang berlaku hari ini berkaitan perbuatan yang ternyata bercanggah dengan akidah dan pegangan agama...seperti amalan pemujaan, pembunuhan demi mencapai sesuatu hasrat.Apakah tidak terfikir akan kita berlakunya sedemikian serba sedikit kesan pendedahan filem-filem yang ditayangkan?

               Apapun bagi diri ini hanya sekadar menyatakan sekelumit pandangan....  

No comments:

Post a Comment

sendiri komen sendiri tanggong